Kanak-kanak lelaki dua tahun dikhuatiri hilang

Hud Aryan berusia dua tahun dikhuatiri hilang di Kampung Aira Kuala Tiga, Tanah Merah pada Isnin. Foto JBPM
Hud Aryan berusia dua tahun dikhuatiri hilang di Kampung Aira Kuala Tiga, Tanah Merah pada Isnin. Foto JBPM
A
A
A

TANAH MERAH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dikhuatiri hilang di Kampung Aira Kuala Tiga, di sini pada Isnin.

Difahamkan semasa kejadian, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berada di rumah neneknya yang terletak kira-kira 90 meter dari anak sungai sebelum disedari hilang oleh ahli keluarga.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Asmadi Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.02 malam.

"Kami bergegas ke lokasi sejauh 26 kilometer dan tiba pada jam 8.49 malam.

"Kanak-kanak tersebut dipercayai hilang di sekitar kawasan kampung berkenaan. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang turut disertai oleh penduduk kampung telah dijalankan, namun gagal menemukan sebarang jejak," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Menurut beliau, pihaknya turut mendapatkan bantuan Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi membantu usaha mencari.

Ujarnya, SAR masih diteruskan sehingga hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!