Malaysia lancar platform ASEAN GEMS, tawar 300 biasiswa bernilai AS$4 juta

Zambry (empat, kanan) melakukan gimik pelancaran Majlis Asean Universities Exhibition And Forum (AEF2025) di Sunway Resort Hotel pada Isnin. Foto Bernama
Zambry (empat, kanan) melakukan gimik pelancaran Majlis Asean Universities Exhibition And Forum (AEF2025) di Sunway Resort Hotel pada Isnin. Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia hari ini melancarkan platform ASEAN Global Exchange for Mobility and Scholarship (GEMS), sebuah inisiatif visi yang akan menjadi hab utama bagi peluang biasiswa di seluruh rantau ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, bahawa inisiatif transformasi ini akan melengkap pelajar dengan menyediakan akses yang lebih baik kepada dana akademik dan program mobiliti.

"Saya dengan sukacita mengumumkan untu 2025, kami telah memperoleh 300 biasiswa bernilai kira-kira AS$4 juta (RM17.6 juta). Ini adalah langkah penting dalam memperluas akses pendidikan. Kami mengajak universiti-universiti ASEAN yang lain untuk turut serta dalam inisiatif mulia ini," katanya dalam ucapan pembukaan di Forum Universiti ASEAN dan Pameran (AEF) 2025, di sini.

Sementara itu, dalam satu sidang media selepas itu, Zambry menekankan bahawa inisiatif ini bertujuan untuk menyokong pelajar di seluruh ASEAN, khususnya mereka yang berpotensi tetapi terhad dari segi sumber kewangan untuk melanjutkan pelajaran.

"Melalui peningkatan mobiliti pelajar, pengembangan biasiswa, promosi pendidikan transnasional, dan penerimaan inovasi, kita dapat memposisikan ASEAN sebagai peneraju global dalam pendidikan tinggi. Kepada semua pelajar, akademik dan pemimpin masa depan - anda adalah arkitek kepada masa depan ASEAN," tambahnya.

Pada acara hari ini, Zambry berkata, forum ini menjadi bukti usaha kolektif ASEAN dalam membina ekosistem pendidikan yang lebih kukuh dan terintegrasi di seluruh rantau ini.

"Ia adalah peluang untuk terlibat dalam dialog yang bermakna, membina perkongsian yang berkekalan, dan membuka jalan ke arah masa depan di mana pendidikan melangkaui sempadan," katanya.

AEF 2025, pameran universiti pertama dan terbesar di ASEAN, mempamerkan lebih 90 peserta pameran, termasuk institusi pengajian tinggi dari Malaysia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Timor-Leste.

Acara selama dua hari ini dianjurkan oleh Education Malaysia Global Services (EMGS), dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (MoHE).

Artikel Berkaitan:

Bertemakan ‘Keterangkuman dan Kemampanan’, forum ini berfungsi sebagai platform utama bagi universiti, pembuat dasar, pakar industri, dan pelajar untuk menangani cabaran serantau, membina perkongsian strategik, dan memacu pembangunan mampan dalam sektor pendidikan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!