Daftar segera institusi tahfiz elak sebarang masalah - PINTA

Institusi tahfiz yang masih belum mendaftar dinasihatkan berbuat demikian bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang. (Gambar kecil: Mohd Zahid)
Institusi tahfiz yang masih belum mendaftar dinasihatkan berbuat demikian bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang. (Gambar kecil: Mohd Zahid)
A
A
A

SHAH ALAM - Institusi tahfiz yang masih belum mendaftar dinasihatkan berbuat demikian bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang.

Presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA), Mohd Zahid Mahmood berkata, berdasarkan data dua tahun lalu yang diperoleh, terdapat kira-kira 1,260 institusi tahfiz di seluruh negara.

Menurutnya, jumlah tahfiz tersebut mungkin semakin bertambah kerana data terbaru belum diperoleh daripada Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM).

“Pada tahun lalu pula, sebanyak 480 institusi tahfiz telah dalam proses permohonan pendaftaran dengan jabatan atau majlis agama negeri masing-masing di seluruh negara.

“PINTA menasihatkan kepada mana-mana institusi tahfiz yang masih belum berbuat demikian agar mendaftar seperti yang diminta oleh kerajaan dan pihak berkuasa tempatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Justeru, beliau menasihatkan mereka untuk segera berbuat demikian bagi memastikan institusi berkenaan dapat beroperasi dengan sah.

“Institusi tahfiz yang berdaftar bakal mendapat manfaat daripada pelbagai inisiatif kerajaan serta badan berkaitan.

“Bila nak mendaftar institusi tahfiz perlu menyediakan kos yang tinggi bagi memenuhi kriteria diperlukan dan perkara ini sukar untuk dipenuhi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Zahid juga berharap pihak berkaitan dapat memainkan peranan dalam memudahkan proses pendaftaran bagi institusi yang masih belum berbuat demikian.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau berharap institusi tahfiz di Malaysia akan terus berkembang dengan sistematik serta memberi manfaat kepada generasi akan datang.

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan sebanyak 606 sekolah tahfiz di Selangor dikenal pasti tidak pernah mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor sejak 2008.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, jumlah itu diperoleh menerusi Program Pemutihan Tahfiz Selangor oleh kerajaan negeri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!