Suspek bunuh Norshamira disambung reman tujuh hari

Suspek kes bunuh peniaga makanan, Norshamira disambung reman tujuh hari lagi bermula Jumaat bagi membantu siasatan.
Suspek kes bunuh peniaga makanan, Norshamira disambung reman tujuh hari lagi bermula Jumaat bagi membantu siasatan.
A
A
A

KUANTAN - Reman terhadap suspek kes bunuh peniaga makanan, Norshamira Zainal, 37, yang ditemui maut di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur disambung tujuh hari lagi.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Nor Izzati Zakaria bermula Jumaat sehingga 28 Februari ini selepas membenarkan permohonan daripada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, lanjutan reman dibuat bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada Sabtu lalu, suspek berusia 53 tahun direman selama tujuh hari berakhir pada Jumaat, selepas ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang peniaga wanita di tepi Sungai Kuantan.

Sebelum ini, media melaporkan mayat Norshamira ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada 13 Februari lalu dengan kesan kecederaan yang menunjukkan unsur jenayah.

Mangsa yang menjalankan perniagaan penghantaran tunai (COD) makanan dikatakan keluar rumah untuk menghantar sambal ikan bilis garing kepada pelanggan, yang juga suspek utama kes pembunuhan kejam tersebut.

Suami mangsa, Muhammad Afiq Akmal Nudin, 31, tidak menyangka suspek yang peramah dan kelihatan baik sanggup membunuh isterinya.

@sinarharianonline Reman terhadap suspek kes bunuh peniaga makanan, Norshamira Zainal, 37, yang ditemui maut di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur disambung tujuh hari lagi. Perintah itu dikeluarkan Majistret Nor Izzati Zakaria bermula Jumaat sehingga 28 Februari ini selepas membenarkan permohonan daripada pihak polis. #SinarHarian#SinarTerkini#KesBunuh#NorShamira Crime (Dramatic Instrumental Music) - Introspectunes

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!