Pekerja kedai pajak gadai beli gelang emas Norshamira direman

Norshamira Zainal, 37, yang ditemukan mati di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur.
Norshamira Zainal, 37, yang ditemukan mati di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur.
A
A
A

KUANTAN - Seorang pekerja kedai pajak gadai yang dipercayai membeli gelang emas milik peniaga makanan, Norshamira Zainal, 37, yang ditemukan mati di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, perintah reman terhadap suspek berusia 42 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nor Izzati Zakaria bermula Ahad hingga 22 Februari ini.

"Kita tahan suspek kira-kira jam 10.30 pagi pada Sabtu di sebuah kedai pajak gadai di bandar Kuala Terengganu.

"Lelaki dipercayai membeli gelang emas milik mangsa daripada suspek utama kes itu yang kini disiasat," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Media sebelum ini melaporkan, mayat Norshamira ditemui di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada 13 Februari lalu dan siasatan lanjut mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.

Mangsa yang menguruskan urus niaga hantaran tunai (COD) makanan dikatakan keluar rumah untuk menghantar sambal ikan bilis garing kepada pelanggan yang juga suspek kes pembunuhan kejam tersebut.

Suami mangsa, Muhammad Afiq Akmal Nudin, 31, tidak menyangka suspek yang peramah dan kelihatan baik sanggup membunuh isterinya.

Pada Sabtu, suspek utama kes bunuh Norshamira yang berusia 53 tahun, ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di kawasan perumahan Wakaf Tembusu, Gong Badak, Kuala Terengganu, kira-kira jam 5.30 pagi.

Artikel Berkaitan:

Majistret Nor Izzati Zakaria membenarkan permohonan reman selama tujuh hari bermula Sabtu hingga 21 Februari bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!