Kes bunuh Norshamira: Suspek dibawa ke lokasi mayat ditemui

Suspek kes pembunuhan peniaga makanan, Norshamira Zainal (gambar kecil), 37, dibawa ke lokasi mayat mangsa ditemui di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur bagi membantu siasatan lanjut. Foto Sinar Harian

A
A
A

KUANTAN - Suspek kes pembunuhan peniaga makanan, Norshamira Zainal, 37, dibawa ke lokasi mayat mangsa ditemui di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur bagi membantu siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner, Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek dibawa ke lokasi kejadian kira-kira jam 2.30 petang dengan diiringi beberapa buah kereta polis.

"Suspek memakai baju lokap dibawa ke situ bagi mendapatkan bahan bukti," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Suspek berusia 53 tahun dibawa oleh polis bagi siasatan lanjut dan mendapat barang bukti. Foto Sinar Harian.
Suspek berusia 53 tahun dibawa oleh polis bagi siasatan lanjut dan mendapat barang bukti. Foto Sinar Harian.

Pada Sabtu, suspek utama kes bunuh Norshamira, seorang lelaki berusia 53 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di kawasan perumahan Wakaf Tembusu, Gong Badak, Kuala Terengganu, kira-kira jam 5.30 pagi.

Majistret Nor Izzati Zakaria membenarkan permohonan reman selama tujuh hari bermula Sabtu hingga 21 Februari bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis membawa suspek pembunuhan Norshamira ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada 13 Februari lalu. Foto Sinar Harian.
Polis membawa suspek pembunuhan Norshamira ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada 13 Februari lalu. Foto Sinar Harian.

Sebelum ini, media melaporkan mayat Norshamira ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada 13 Februari lalu dengan kesan kecederaan yang menunjukkan unsur jenayah.

Mangsa yang menjalankan perniagaan penghantaran tunai (COD) makanan dikatakan keluar rumah untuk menghantar sambal ikan bilis garing kepada pelanggan, yang juga suspek utama kes pembunuhan kejam tersebut.

Artikel Berkaitan:

Suami mangsa, Muhammad Afiq Akmal Nudin, 31, tidak menyangka suspek yang peramah dan kelihatan baik sanggup membunuh isterinya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!