JAKOA ambil langkah proaktif tangani penularan wabak kusta

Pemeriksaan dan saringan kusta yang dilakukan di KOA Chergun dan Guntur, Kuala Pilah. FOTO: IHSAN JAKOA
Pemeriksaan dan saringan kusta yang dilakukan di KOA Chergun dan Guntur, Kuala Pilah. FOTO: IHSAN JAKOA
A
A
A

SEREMBAN – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) memandang serius penularan wabak kusta di Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan Guntur, Kuala Pilah, yang telah meragut nyawa seorang remaja perempuan berusia 18 tahun.

Unit Komunikasi Korporat JAKOA dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) telah mengambil langkah proaktif bagi menangani wabak berkenaan.

Pemeriksaan dan saringan kusta yang dilakukan di KOA Chergun dan Guntur, Kuala Pilah. FOTO: IHSAN JAKOA
Pemeriksaan dan saringan kusta yang dilakukan di KOA Chergun dan Guntur, Kuala Pilah. FOTO: IHSAN JAKOA

"JAKOA turut mengambil maklum tindakan kerajaan Negeri Sembilan yang melaksanakan kuarantin di kawasan terjejas serta memberi jaminan akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha membendung wabak tersebut.

"Berdasarkan kronologi, kes ini mula dikesan pada 2 Januari lalu apabila lima penduduk di KOA Chergun dan empat di KOA Guntur disahkan menghidap kusta.

"Pada 22 Januari, Pejabat Kemajuan Orang Asli Daerah Kuala Pilah/Tampin menerima senarai pesakit daripada PKD Kuala Pilah sebelum mengadakan perbincangan untuk mengesahkan jumlah kes," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Pemeriksaan dan saringan kusta yang dilakukan di KOA Chergun dan Guntur, Kuala Pilah. FOTO: IHSAN JAKOA
Pemeriksaan dan saringan kusta yang dilakukan di KOA Chergun dan Guntur, Kuala Pilah. FOTO: IHSAN JAKOA

Susulan itu, beliau berkata, KKM melaksanakan saringan secara agresif ke atas semua penduduk di kedua-dua kampung berkenaan.

Jelasnya, saringan susulan dijalankan pada 15 Februari bagi mereka yang belum diperiksa.

"Bagaimanapun, pada 17 Februari, seorang pesakit dikenali sebagai Shynaiza Hamzah berusia 18 tahun meninggal dunia di rumahnya di KOA Chergun setelah mengalami demam selama seminggu.

"Saringan seterusnya dijadualkan berlangsung di KOA Guntur pada 22 Februari 2025," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, penduduk yang masih belum melaksanakan saringan diminta memberikan kerjasama bagi proses saringan yang akan diadakan pada 22 Februari nanti.

Pemeriksaan dan saringan kusta yang dilakukan di KOA Chergun dan Guntur, Kuala Pilah. FOTO: IHSAN JAKOA
Pemeriksaan dan saringan kusta yang dilakukan di KOA Chergun dan Guntur, Kuala Pilah. FOTO: IHSAN JAKOA

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!