Tiga lelaki ditahan cuba seludup 1,380 liter petrol ke negara jiran

Sebuah kereta jenis Proton Waja ditahan bersama pemandunya berusia 23 tahun di Kampung Pulau Ular. Foto: Ihsan PGA
Sebuah kereta jenis Proton Waja ditahan bersama pemandunya berusia 23 tahun di Kampung Pulau Ular. Foto: Ihsan PGA
A
A
A

TUMPAT - Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan menahan tiga lelaki yang cuba menyeludup 1,380 liter petrol ke negara jiran dalam serbuan di tiga lokasi berasingan di sini pada Isnin.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, ketika serbuan pertama jam 8.20 pagi di Jalan Simpangan di sini, sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi yang dipandu dalam keadaan mencurigakan ditahan dalam Op Taring Wawasan.

Batalion 7 PGA Kuantan berjaya menahan tiga lelaki yang cuba menyeludup 1,380 liter petrol ke negara jiran dalam serbuan di tiga lokasi berasingan di Tumpat pada Isnin. Foto: Ihsan PGA
Batalion 7 PGA Kuantan berjaya menahan tiga lelaki yang cuba menyeludup 1,380 liter petrol ke negara jiran dalam serbuan di tiga lokasi berasingan di Tumpat pada Isnin. Foto: Ihsan PGA

"Hasil pemeriksaan dalam kenderaan tersebut menemui 480 liter petrol dan menahan seorang lelaki berusia 43 tahun.

"Kemudian sekitar jam 10 pagi di sekat pintas Simpangan kami telah menahan sebuah kereta jenis Proton Wira yang membawa 270 liter petrol dipercayai untuk diseludup masuk ke negar jiran dan menahan seorang lelaki berusia 42 tahun," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Dalam serbuan pertama jam 8.20 pagi di Jalan Simpangan Tumpat, sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi yang dipandu dalam keadaan mencurigakan ditahan.
Dalam serbuan pertama jam 8.20 pagi di Jalan Simpangan Tumpat, sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi yang dipandu dalam keadaan mencurigakan ditahan.

Menurut beliau, pada hari sama kira-kira jam 12.30 tengah hari sebuah kereta jenis Proton Waja ditahan bersama pemandu berusia 23 tahun di Kampung Pulau Ular.

Ujarnya, hasil pemeriksaan menemukan 630 liter petrol juga dipercayai untuk diseludup ke Thailand.

Artikel Berkaitan:

Nik Ros Azhan memberitahu, kes terbabit disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Kesemua barangan rampasan dibawa ke Komtak (Kompeni Taktikal) Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!