Lelaki ditahan ubah suai tangki minyak kereta seludup petrol

TUMPAT - Taktik seorang lelaki mengubah suai tangki minyak kereta jenis Proton Wira untuk membawa 200 liter petrol gagal selepas dicekup Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan semasa melakukan kegiatan haram itu di sebuah stesen minyak di sini pada Ahad.
Bahan bakar bernilai RM5,000 itu dipercayai untuk diseleweng ke negara jiran oleh suspek berusia 50-an terbabit.
Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, operasi jam 4.50 petang itu turut dilakukan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor
"Hasilnya membawa kepada penemuan petrol yang telah disedut keluar dari tangki tambahan diubah suai pada kereta milik suspek.
"Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut, dan kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!