Ulat tiket kenyang apabila masuk musim perayaan

Menjelang perayaan Aidilfitri yang bakal disambut hujung bulan depan, pengangkutan awam menjadi salah satu keperluan orang awam untuk pulang kampung halaman. Gambar hiasan
Menjelang perayaan Aidilfitri yang bakal disambut hujung bulan depan, pengangkutan awam menjadi salah satu keperluan orang awam untuk pulang kampung halaman. Gambar hiasan
A
A
A

MENJELANG perayaan Aidilfitri yang bakal disambut hujung bulan depan, pengangkutan awam menjadi salah satu keperluan orang awam untuk pulang kampung halaman.

Belum pun masuk bulan puasa, mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri sudah mula memikirkan untuk membeli tiket pengangkutan awam. Kalau lambat beli, takut kehabisan.

Pada waktu ini, perkhidmatan bas ekspres sudah tentu menjadi pilihan walaupun terdapat pelbagai lagi pengangkutan awam seperti kereta api.

Namun, bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres, pasti bimbang sekiranya harga tiket naik. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga ramai.

Ambil contoh jika seorang dikenakan caj RM60 untuk perjalanan sehala, berapa banyak wang perlu diperuntukkan untuk pengangkutan pergi dan balik bagi lima ahli keluarga.

Menyedari perkara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke awal-awal lagi sudah memberi amaran bahawa kerajaan menerusi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan mengambil tindakan sekiranya ada pengusaha bas ekspres menaikkan harga tiket terlalu tinggi.

Menurut beliau, pengendali bas ekspres memang dibenarkan mengenakan surcaj sebanyak 10 peratus kepada penumpang sejak 20 tahun lepas dalam tempoh seminggu sebelum dan seminggu selepas hari perayaan. Ini sebagai langkah untuk menampung kos tambahan seperti peningkatan kapasiti perkhidmatan dan sewa bas.

Sebenarnya, isu menaikkan harga tiket dalam kalangan pengusaha tidak akan timbul kerana kadar untuk kelas ekonomi sudah dikawal dan ditentukan kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Yang naik mungkin bagi kadar tambang bagi kelas eksekutif kerana ia berdasarkan penawaran dan permintaan, namun selari dengan jenis perkhidmatan disediakan.

Dalam isu ini, pihak berkuasa sebaiknya menumpukan kepada pemantauan lebih tegas terhadap ulat tiket yang menjadi penyebab harga tiket dijual lebih tinggi pada musim perayaan ini.

Aktiviti haram seperti ini sememangnya merisaukan kerana ia bukan sahaja akan menyebabkan bebanan kepada pengguna, malah mencemarkan imej pengangkutan awam negara.

Di sebalik peranan APAD dalam memastikan syarikat bas ekspres mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya untuk keselamatan orang ramai, jangan lupa bahawa ulat tiket juga satu masalah serius.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!