Apa penyelesaian isu sungai tercemar?

Sungai yang suatu ketika dahulu menjadi nadi kehidupan komuniti setempat kini semakin terancam akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengusaha industri.
Sungai yang suatu ketika dahulu menjadi nadi kehidupan komuniti setempat kini semakin terancam akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengusaha industri.
A
A
A

ISU pencemaran sungai akibat pembuangan sisa buangan industri bukan lagi perkara baharu di negara ini, namun sehingga kini ia masih gagal ditangani secara menyeluruh.

Hampir setiap tahun laporan mengenai sungai bertukar warna, berbau busuk atau dipenuhi bahan kimia kembali menghiasi tajuk berita.

Ia sebenarnya mencerminkan kegagalan sistem kawalan dan penguatkuasaan yang berkesan.

Sungai yang suatu ketika dahulu menjadi sumber air, makanan dan nadi kehidupan komuniti setempat kini semakin terancam akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengusaha industri.

Demi mengurangkan kos operasi, sisa toksik dan efluen tidak dirawat dibuang terus ke dalam sungai tanpa memikirkan kesan jangka panjang terhadap alam sekitar serta kesihatan awam.

Kesan pencemaran ini serius. Selain memusnahkan ekosistem sungai dan hidupan akuatik, pencemaran turut menjejaskan bekalan air bersih khususnya di kawasan yang bergantung kepada sungai sebagai sumber utama.

Insiden gangguan bekalan air akibat pencemaran sungai yang berulang membuktikan bahawa kesannya bukan bersifat setempat, sebaliknya memberi implikasi besar kepada jutaan pengguna.

Lebih membimbangkan pendedahan berterusan kepada bahan kimia berbahaya berpotensi mengundang risiko kesihatan seperti penyakit kulit, gangguan pernafasan dan kesan toksik jangka panjang.

Bagaimanapun tindakan tegas terhadap pihak bersalah dilihat masih belum cukup untuk mengekang masalah ini daripada terus berulang.

Artikel Berkaitan:

Antara punca utama kegagalan menangani isu ini ialah penguatkuasaan tidak konsisten, hukuman tidak setimpal serta kekurangan pemantauan berterusan.

Dalam sesetengah kes, denda yang dikenakan dianggap terlalu rendah dan tidak memberi kesan kepada syarikat terlibat.

Bagi memastikan isu ini dapat ditangani secara lebih berkesan, kerajaan perlu memperkukuh penguatkuasaan undang-undang alam sekitar dengan mengenakan hukuman lebih berat, termasuk penutupan operasi dan pendakwaan jenayah terhadap pesalah berulang.

Penggunaan teknologi pemantauan masa nyata di kawasan industri dan sungai utama juga wajar diperluaskan bagi mengesan pencemaran lebih awal.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!