Mayat remaja lelaki ditemukan terdampar di Pantai Shahbandar

Mayat remaja lelaki ditemukan terdampar di Pantai Shahbandar selepas dikhuatiri lemas sejak petang Rabu.
Mayat remaja lelaki ditemukan terdampar di Pantai Shahbandar selepas dikhuatiri lemas sejak petang Rabu.
A
A
A

TUARAN - Remaja lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi pantai bersama ahli keluarganya ditemukan meninggal dunia di Pantai Shahbandar di sini pada awal pagi Khamis.

Mayat mangsa dikenali sebagai Mohd Nabil, 15, ditemukan terdampar di pesisir pantai pada jam 5.50 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohd Nor Amit berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diteruskan selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada petang Rabu.

"Operasi SAR dilaksanakan oleh 11 anggota dengan bantuan empat anggota dari unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Zon Kota Kinabalu.

"Pencarian oleh pasukan bomba dan ahli keluarga dilakukan di kawasan sepanjang pantai membawa kepada penemuan mayat remaja tersebut yang tertiarap iaitu kira-kira 700 meter dari dia dilaporkan lemas," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Susulan penemuan tersebut, operasi ditamatkan pada jam 8.30 pagi," katanya.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan mangsa yang dipercayai tidak pandai berenang cuba diselamatkan bapa saudaranya namun keadaan arus ombak yang kuat menyebabkan dia semakin jauh.

Artikel Berkaitan:

Kali terakhir mangsa dilihat berada kira-kira 50 meter dan ketika itu hanya tangannya yang terkapai-kapai sebelum hilang dari pandangan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!