Mayat remaja lemas ditemukan tersangkut di kawasan cetek berbatu

Mayat mangsa ditemukan tersangkut di kawasan cetek di Sungai Kadamaian, Kampung Pirasan, Kota Belud.
Mayat mangsa ditemukan tersangkut di kawasan cetek di Sungai Kadamaian, Kampung Pirasan, Kota Belud.
A
A
A

KOTA BELUD - Remaja perempuan dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Kadamaian, akhirnya ditemukan meninggal dunia akibat lemas dalam kejadian di Kampung Pirasan, di sini pada Isnin.

Mayat mangsa berusia 16 tahun itu ditemukan pada jam 3.54 petang oleh penduduk kampung dan pasukan penyelamat ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan jasad mangsa di sungai tersebut.

"Mangsa ditemukan pada jarak 3.5 kilometer dari lokasi kejadian iaitu dalam keadaan tersangkut di kawasan cetek yang berbatu.

"Mangsa telah disahkan meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Katanya lagi, operasi kemudian ditamatkan pada jam 5 petang selepas tiada bahaya lain lagi di lokasi kejadian.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan mangsa bersama ahli keluarga termasuk ibunya mandi di sungai tersebut sebelum hilang dibawa arus dalam kejadian pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!