Unity Shield: Anderson teruja kembali ke Darul Aman

Zac Anderson
Zac Anderson
A
A
A

IPOH - “Saya gembira kembali ke Darul Aman,” itu reaksi ringkas pertahanan import Perak, Zac Anderson bagi mengulas aksi Unity Shield berdepan Kedah di Stadium Darul Aman, malam esok.

Anderson berkata, beraksi di stadium berkenaan pastinya akan mengembalikan memori indah ketika beraksi bersama skuad Lang Merah itu pada musim 2017 lalu.

Bagaimanapun menurutnya, segala memori indah itu hanya tinggal kenangan kerana sebagai pemain skuad The Bos Gaurus musim ini, dia akan memberikan aksi terbaik demi menjamin kejayaan pasukan baharunya itu.

“Ia sesuatu yang unik dengan segala kenangan manis ketika saya beraksi dengan pasukan Kedah. Saya masih ada ramai kawan di sana.

“Tapi sekarang saya bermain untuk Perak dan penting untuk saya memberikan aksi terbaik dan menjamin kejayaan pasukan baharu saya,” katanya.

Sementara itu, Anderson berharap kehadirannya bersama skuad Kejor Yob Kejor itu mampu membantu memperkuatkan pasukan dan kini sudah dapat merasai menjadi sebahagian daripada keluarga besar skuad juara Piala Malaysia 2018 biarpun baru menyertai pasukan itu.

“Kita akan mengharungi musim yang panjang dan semoga kehadiran saya akan membantu perkuatkan pasukan ini.

“Setiap perlawanan adalah penting dan sebagai pemain import, saya sedar saya perlu buktikan bahawa saya adalah pemain yang baik,” katanya.

Artikel Berkaitan: