Harga kelapa meningkat: Peniaga jangan ambil kesempatan naik harga jualan

Jalaluddin. Laporan Sinar Harian berhubung jangkaan peniaga bahawa harga santan akan meningkat berikutan harga buah kelapa di pasaran yang tidak menentu ketika ini.
Jalaluddin. Laporan Sinar Harian berhubung jangkaan peniaga bahawa harga santan akan meningkat berikutan harga buah kelapa di pasaran yang tidak menentu ketika ini.
A
A
A

SEREMBAN - Peniaga dinasihatkan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga jualan makanan ekoran peningkatan harga kelapa ketika ini.

Exco Kanan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, peningkatan harga bahan mentah itu disebabkan faktor kekurangan bekalan, namun akan kembali stabil apabila tiba waktunya.

"Kelapa ini berasaskan kepada keadaan dan suasana. Ada ketika waktu kelapa ini mengalami kekurangan bekalan dan itu yang mengakibatkan harga meningkat berdasarkan kepada permintaan.

"Tapi keadaan ini akan stabil apabila sampai waktunya nanti. Ia tidak akan berterusan dan memberi kesan banyak kepada peniaga. Cumanya kita harap bila kenaikan berlaku sekarang, peniaga tidak ambil kesempatan untuk naikkan harga jualan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini pada Rabu.

Tambah beliau, apa yang berlaku kepada kelapa ketika ini tidak sama keadaannya dengan isu kekurangan beras putih tempatan.

Jelasnya, berdasarkan pemerhatiannya ia tidak menjejaskan pengguna dan masih dalam keadaan terkawal.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan peniaga menjangkakan harga santan meningkat menjelang Ramadan berikutan harga buah kelapa di pasaran yang tidak menentu ketika ini.

Tinjauan di Pasar Besar Seremban mendapati, harga bagi satu kilogram (kg) santan ialah RM12, manakala pati santan pula antara RM13 ke RM15.

Menurutnya, peningkatan tersebut berlaku disebabkan ketika ini musim melawas yang menyebabkan buah kelapa tidak menjadi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!