Pesawah perlu tuntut dengan Bernas, minta beli beras dengan harga RM1,800

Mohamad Zamir Ghazali
Mohamad Zamir Ghazali
A
A
A

SHAH ALAM - Pesawah sepatutnya menuntut Padiberas Nasional Berhad (Bernas) agar memenuhi hak mereka yang dipersetujui bersama dalam 10 obligasi sosial.

Pengerusi Biro Tani Amanah Nasional, Mohamad Zamir Ghazali berkata, ini kerana saat pesawah menandatangani obligasi itu pada 2021, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu sebagai ketua pembangkang telah mempersoalkan perkara tersebut.

Menurutnya, ketika itu Anwar sudah sebut peranan menjaga pesawah sepatutnya dipegang oleh kerajaan.

"Kalau nak jadi jaguh tuntut hak, pada saya kamu sepatutnya pergi berdepan dengan pemilik Bernas. Beritahu beliau kerajaan sekarang letak harga lantai padi RM1,300 dan minta beliau beli beras dengan harga RM1,800.

"Saya cadang begitu, sebab masa tandatangan, Anwar sudah sebut kenapa nak tauke besar jaga nasib pesawah biar kerajaan buat," ujarnya.

Wacana Sinar edisi 473 bertajuk Harga lantai padi dan nasib pesawah, dari (dua kiri) Pengerusi Biro Tani Amanah Nasional, Mohamad Zamir Ghazali; Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob dan Koordinator Gerakan Membela Penindasan Petani (Gempita), Mohd Ashraf Mustaqim (kanan) yang berlangsung di Studio Sinar Harian pada Selasa. FOTO SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Beliau berkata demikian pada program Wacana Sinar Harian siri 473 bertajuk 'Harga lantai padi dan nasib pesawah' yang dihoskan oleh Haizir Othman pada Selasa.

Turut menjadi panelis, Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob dan Koordinator Gerakan Membela Penindasan Petani (Gempita), Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir.

Artikel Berkaitan:

Tambah Mohamad Zamir, apabila sudah habis konsesi pada 2021 beliau merasakan sudah tiba masanya kerajaan ambil semula tanggungjawab membantu petani sepenuhnya.

"Namun ia tidak berlaku kerana anda tandatangan dan beri tanggungjawab itu sekali lagi kepada seorang tauke," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!