Berbuka di Ruby Cafe: Santai, makanan best dan harga berbaloi!

Bulan Ramadan bakal menjelang, dan apa lagi cara terbaik untuk berbuka puasa kalau bukan dengan bufet yang penuh dengan juadah enak? Ruby Café, yang terletak di Hotel Signature International Chinatown, Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur, kembali dengan Bufet Ramadan 2025 yang menjanjikan hidangan autentik, suasana nyaman dan harga berbaloi-baloi!
Dari lauk-pauk tradisional Melayu hingga ke pencuci mulut yang menggoda, Ruby Café menawarkan pelbagai pilihan untuk memuaskan selera semua. Antara menu utama yang menanti anda termasuk: Kambing golek yang diperap sempurna dan dimasak hingga lembut serta juicy pastinya akan menjadi pilihan utama pelanggan. Daging dendeng berempah dengan hirisan daging yang kaya dengan rempah ratus membuatkan kecur liur. Manakala menu ayam percik, diperap dengan rempah istimewa dan dibakar sempurna memang memenuhi citarasa.

Kalau gulai kawah, dengan kuahnya pekat dengan daging yang lembut, menggamit selera. Ikan bakar bersambal – ikan segar yang dipanggang bersama sambal pedas. Pelbagai jenis ulam dan sambal – termasuk sambal belacan, budu dan cencaluk. Ada macam-macam lagi hidangan selera tradisional yang pasti membuatkan anda kenyang tersandar.
Bagi pencinta makanan manis, Ruby Café turut menyediakan, aneka kuih-muih tradisional seperti seri muka, kuih lapis, karipap dan banyak lagi. ABC dan cendol jangan dilupakan – manisan yang menyegarkan selepas seharian berpuasa. Manakala bubur lambuk istimewa, hidangan tradisional yang wajib dicuba. Lepas itu teh tarik dan kopi panas menjadi pelengkap sempurna selepas berbuka.

Nak tahu berita baik? Ruby Café menawarkan harga yang cukup berpatutan untuk Bufet Ramadan 2025 ini.
Harga biasa bagi seorang dewasa ialah RM89.90+, manakala kanak-kanak adalah RM55.90+ dan warga emas hanya RM69.90+ seorang. Tapi yang lebih menarik, ada promosi Early Bird! Jika anda membuat tempahan awal, anda boleh menikmati harga istimewa RM79.90+. Memang berbaloi!

Jadi, kalau anda mencari tempat berbuka puasa yang menawarkan makanan sedap, suasana selesa dan harga berpatutan, Ruby Café di Jalan Pudu Lama adalah pilihan terbaik.
Tempahan awal sangat digalakkan kerana tempat terhad dan sambutan setiap tahun memang luar biasa. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati juadah yang pasti mengingatkan anda kepada masakan ibu di kampung!
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubungi Ruby Café segera. Selamat berbuka puasa dengan hidangan lazat di Ruby Café!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
