Dugaan rumah hangus depan mata

Zaliha merenung keadaan rumahnya yang hangus terbakar dalam kejadian di Kampung Tengku Hussein Baru, Gugusan Manjoi di sini.
Zaliha merenung keadaan rumahnya yang hangus terbakar dalam kejadian di Kampung Tengku Hussein Baru, Gugusan Manjoi di sini.
A
A
A

IPOH - Dugaan buat dua keluarga menjelang Ramadan apabila rumah milik mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Budiman, Kampung Tengku Hussein Baru, Gugusan Manjoi di sini pada Ahad.

Kejadian sekitar jam 7.45 petang itu melibatkan lima rumah dengan tiga daripadanya musnah lebih 80 peratus selain memusnahkan empat motosikal milik penduduk.

Mangsa, Zaliha Mohamad, 59, berkata, awalnya dia dan suami, Amiruddin Salleh, 63, berusaha memadam kebakaran yang bermula di dapur rumah kakak iparnya, Junaidah Salleh, 74, bersebelahan.

Motosikal milik penduduk turut musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Tengku Hussein Baru, Gugusan Manjoi di sini.
Motosikal milik penduduk turut musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Tengku Hussein Baru, Gugusan Manjoi di sini.

"Semasa ambil wuduk untuk menunaikan solat Maghrib, kakak ipar jerit minta bantuan padam api dapur. Kami berusaha memadam menggunakan tuala basah.

"Awalnya kami ingatkan api sudah padam sepenuhnya rupa-rupanya api sudah membakar kabinet kayu dapur berikutan hos gas bocor menyebabkan api marak dengan cepat sebelum merebak ke rumah saya dan sebuah lagi rumah berhampiran.

"Memikirkan keselamatan kerana ada tong gas, kami bawa keluar kakak ipar dan selamatkan ibu saya, Andak Rajaah Mat Deris, 84, sambil menghubungi pihak bomba," katanya ketika ditemui di sini pada Isnin.

Zaliha berkata, kejadian itu disifatkan berlaku sekelip mata apabila tidak dapat menyelamatkan semua barangan berharga miliknya dan kini mereka tinggal sehelai sepinggang.

"Lebih 30 tahun tinggal, sebak melihat rumah hangus terbakar tambahan kita hendak menyambut puasa tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan:

"Pakaian yang ada pun hasil derma orang kampung dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Setakat ini tiada tempat tinggal lain, hanya menumpanh rumah ibu mentua," katanya.

Tiga rumah musnah terbakar 80 peratus menyebabkan mangsa tinggal sehelai sepinggang.
Tiga rumah musnah terbakar 80 peratus menyebabkan mangsa tinggal sehelai sepinggang.

Bagi Noor Asmawathy Zainal, 47, dia bersyukur apabila ibu mentua, Junaidah yang tinggal keseorangan ketika kejadian terselamat.

"Setibanya di rumah emak api sangat marak membakar tiga rumah bersebelahan. Saya hanya fikirkan keadaan dia dan lega yang emak tidak apa-apa.

"Kami tiada perancangan apa-apa buat masa ini dan berusaha memohon bantuan Baitulmal bagi membina semula kediaman emak," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!