Serah kepada pihak berkuasa: Adly

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari
Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari
A
A
A

MELAKA - Kerajaan Melaka menyerahkan kepada tindakan pihak berkuasa mengenai dakwaan seorang lelaki yang mengaku mempunyai kaitan dengan kerabat diraja serta pemilik sebenar Kerajaan Malaysia.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, Malaysia adalah sebuah negara berpelembagaan dan mempunyai keluhuran undang-undang, justeru beliau meminta semua pihak menghormati perkara tersebut.

Menurutnya, beliau mengharapkan semua orang menghormati perlembagaan negeri dan kita di peringkat negeri segala tindakan berteraskan undang-undang.

"Segala isu-isu melibatkan perlembagaan kita akan serahkan kepada pihak berkuasa untuk memantaunya.

"Kerana asas kita adalah kestabilan dan muafakat. Jadi saya minta semua pihak yang mengaku terlibat dengan kesultanan supaya menghormati perlembagaan," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Individu dakwa pemilik sebenar Kerajaan Malaysia]

Beliau diminta mengulaskan pengakuan individu bernama Ahmad Abdul Kadir Ismail, 46, atau mengelarkan dirinya sebagai Sultan Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D'zulkarnain.

Artikel Berkaitan: