Bas ekspres dipandu laju punca kemalangan dengan lori

Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada bas yang dipandu terlalu laju sehingga gagal memperlahankan kenderaan dan melanggar bahagian belakang lori tangki.
Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada bas yang dipandu terlalu laju sehingga gagal memperlahankan kenderaan dan melanggar bahagian belakang lori tangki.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 21 penumpang dan seorang pemandu bas ekspres serta lori tangki terlibat dalam kemalangan di kilometer 35.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kemalangan itu dipercayai berpunca daripada bas yang dipandu terlalu laju sehingga gagal memperlahankan kenderaan dan melanggar bahagian belakang lori tangki.

"Akibat daripada pelanggaran tersebut, pemandu bas bersama 21 penumpang mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai.

"Kes berkenaan disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59)," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 2.45 pagi melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah bas jenama Hino dan lori jenis Volvo.
Kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 2.45 pagi melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah bas jenama Hino dan lori jenis Volvo.

Ujarnya, laporan berkenaan kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 2.45 pagi melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah bas jenama Hino dan lori jenis Volvo.

Tambah beliau, pemandu bas berkenaan didapati tidak berada di bawah pengaruh alkohol dan ujian urin akan dibuat terhadap pemandu selepas rawatan terhadapnya selesai dibuat.

"Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes di talian 013-7778884 atau hadir ke bahagian Siasatan dan Jenayah Penguatkuasa Trafik IPD Pulai.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa memandu dalam keadaan berhati-hati dan mematuhi peraturan ketika di jalan raya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku," katanya.

Sebelum ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.24 pagi dan setibanya di lokasi kejadian lori yang terlibat dalam kemalangan tersebut sudah tiada.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!