Wanita lumpuh mahu jalani dialisis diusung 1km redah banjir

Wanita lumpuh separuh badan yang mahu menjalani rawatan dialisis terpaksa diusung sejauh satu kilometer dengan meredah air banjir untuk dihantar ke Hospital Beaufort.
Wanita lumpuh separuh badan yang mahu menjalani rawatan dialisis terpaksa diusung sejauh satu kilometer dengan meredah air banjir untuk dihantar ke Hospital Beaufort.
A
A
A

MEMBAKUT - Seorang pesakit buah pinggang yang lumpuh separuh badan terpaksa diusung sejauh satu kilometer untuk dibawa ke hospital selepas rumahnya di Kampung Ulu Mawao, di sini dilanda banjir pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, wanita berusia 48 tahun dibawa keluar dengan alat pengusung oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang melakukan operasi menyelamat di kawasan tersebut.

Timbalan Pengarah APM Sabah, Leftenan Kolonel (PA) Erwin @ Elverowen Kinsui berkata, seramai empat anggota dikejar ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan tersebut.

"Annggota membawanya menggunakan pengusung dengan meredah laluan yang dilanda banjir sejauh satu kilometer dari rumah mangsa ke jalan keluar.

"Mangsa yang lumpuh separuh badan itu kemudian dihantar ke Hospital Beaufort bagi mendapatkan rawatan dialisis buah pinggang," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Wanita berusia 48 tahun dibawa keluar dengan alat pengusung oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang melakukan operasi menyelamat di kawasan tersebut.
Wanita berusia 48 tahun dibawa keluar dengan alat pengusung oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang melakukan operasi menyelamat di kawasan tersebut.

Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Membakut dalam kenyataan memberitahu sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Membakut dibuka pada jam 3 petang Sabtu.

"PPS diaktifkan setelah pemeriksaan kawasan dan rumah penduduk terjejas bencana adalah tidak selamat untuk didiami," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kini lapan PPS diaktifkan termasuk di Beaufort, Kinabatangan, Keningau dan Tambunan.

Setakat jam 4 petang, seramai 721 mangsa banjir daripada 212 ketua isi rumah (KIR) direkodkan masih berada di PPS seluruh Sabah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!