Tekan pautan sesawang bank palsu, wanita rugi RM12,200

Seorang penjawat awam mengalami kerugian RM12,200 selepas menekan pautan yang membawa ke laman sesawang menyerupai sebuah bank pada Khamis lalu.
Seorang penjawat awam mengalami kerugian RM12,200 selepas menekan pautan yang membawa ke laman sesawang menyerupai sebuah bank pada Khamis lalu.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang penjawat awam mengalami kerugian RM12,200 selepas menekan pautan yang membawa ke laman sesawang menyerupai Bank Islam pada Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Superintenden Loi Yew Lik berkata, mangsa berusia 42 tahun tertarik dengan iklan cabutan bertuah melalui Facebook pada jam 10 pagi.

Menurutnya, selepas menekan pautan yang membawa ke laman sesawang tersebut, mangsa diminta memasukkan kata laluan akaun banknya tetapi gagal selepas mencuba beberapa kali.

"Pada hari yang sama, beberapa minit kemudian, mangsa menerima mesej daripada pihak bank menyatakan terdapat lima kali penolakan wang dari akaun banknya ke akaun pihak ketiga tidak dikenali, dengan jumlah keseluruhan RM12,200.

"Mangsa menafikan telah membuat pengesahan pemindahan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Yew Lik berkata lagi, siasatan mendapati bahawa laman sesawang tersebut adalah palsu dan bukan milik Bank Islam sebenar.

Sementara itu, Bank Islam melalui satu kenyataan di Facebook rasminya menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap akaun palsu menggunakan nama dan imej Bank Islam di media sosial.

Menurutnya, jika pengguna mengesyaki telah menjadi mangsa penipuan, segera hubungi Bank Islam untuk mendapatkan bantuan atau hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di 997.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!