100 pelajar DUN Pandan Indah terima baucar kelengkapan sekolah

Izham bergambar bersama penerima baucar Pusat Pakaian Hari-Hari tajaan TNB. Foto: Facebook Izham Hashim
Izham bergambar bersama penerima baucar Pusat Pakaian Hari-Hari tajaan TNB. Foto: Facebook Izham Hashim
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 100 pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah menerima baucar Pusat Pakaian Hari-Hari bernilai RM150 tajaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membeli kelengkapan sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandan Indah, Datuk Ir Izham Hashim berkata, sumbangan itu merupakan inisiatif antara pihak swasta dan Pusat Khidmat Masyarakat bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Izham (dua dari kiri) ketika menyerahkan baucar Pusat Pakaian Hari-Hari tajaan TNB. Foto: Facebook Izham Hashim
Izham (dua dari kiri) ketika menyerahkan baucar Pusat Pakaian Hari-Hari tajaan TNB. Foto: Facebook Izham Hashim

"Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH SWT petang ini saya diberi rezeki untuk menyantuni anak-anak dan ibu bapa membeli barangan keperluan persekolahan untuk sesi akademik yang baharu.

"Insya-ALLAH, pelbagai lagi bantuan akan disalurkan kepada warga Pandan Indah yang layak menerima bantuan.

Izham ketika menyerahkan baucar Pusat Pakaian Hari-Hari tajaan TNB. Foto: Facebook Izham Hashim
Izham ketika menyerahkan baucar Pusat Pakaian Hari-Hari tajaan TNB. Foto: Facebook Izham Hashim

"Ia khususnya untuk program sumbangan Back To School dari Yayasan Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI)," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Dalam pada itu, Izhan turut berharap agar bantuan tersebut dapat meringankan beban golongan rentan terutama di kawasan tengah bandar.

Artikel Berkaitan:

Izham (kiri) bergambar bersama penerima baucar Pusat Pakaian Hari-Hari tajaan TNB. Foto: Facebook Izham Hashim
Izham (kiri) bergambar bersama penerima baucar Pusat Pakaian Hari-Hari tajaan TNB. Foto: Facebook Izham Hashim

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!