Polis sahkan 34 ketulan, serpihan bukan tulang manusia

Laporan Sinar Harian mengenai 34 ketulan dan serpihan dipercayai tulang manusia ditemukan di Pantai Batu Buruk 2.
Laporan Sinar Harian mengenai 34 ketulan dan serpihan dipercayai tulang manusia ditemukan di Pantai Batu Buruk 2.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis mengesahkan 34 ketulan dan serpihan tulang ditemukan di Pantai Batu Buruk 2, di sini pada malam Khamis lalu bukan milik manusia.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, ia berdasarkan keputusan hasil bedah siasat dijalankan jam 11 pagi Jumaat.

"Pakar forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) mengesahkan tulang-tulang yang diterima itu bukan tulang manusia.

"Hasil bedah siasat mendapati terdapat perbezaan dari segi bentuk, ketebalan, panjang serta tiada kesamaan dengan mana-mana tulang rangka manusia," katanya di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, sampel asid deoksiribonukleik (DNA) tulang tersebut akan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Malam tadi, orang ramai digemparkan dengan penemuan tulang dipercayai manusia di belakang belakang kawasan Kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!