34 ketulan, serpihan dipercayai tulang manusia ditemukan di Pantai Batu Buruk 2

Orang ramai digemparkan dengan penemuan rangka dipercayai manusia di Pantai Batu Burok 2, pada malam Khamis.
Orang ramai digemparkan dengan penemuan rangka dipercayai manusia di Pantai Batu Burok 2, pada malam Khamis.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Orang ramai digemparkan dengan penemuan rangka dipercayai manusia di Pantai Batu Burok 2, di sini pada malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihak polis menerima laporan berhubung penemuan itu kira-kira jam 10.10 malam.

"Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu menerima panggilan memaklumkan penemuan tulang dipercayai tulang manusia malam tadi.

"Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) telah ke lokasi kejadian bersama bantuan pasukan forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini pada Jumaat.

Rakaman gambar penemuan rangka dipercayai manusia di Pantai Batu Buruk 2, Kuala Terengganu.
Rakaman gambar penemuan rangka dipercayai manusia di Pantai Batu Buruk 2, Kuala Terengganu.

Beliau berkata, rangka berkenaan dijumpai orang awam di kawasan semak belakang kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) yang sudah tidak lagi dihuni.

Jelas beliau, setakat ini pihak polis belum mengesan sebarang identiti mangsa.

"Sebanyak 34 ketulan dan serpihan tulang dijumpai dan telah dihantar ke Unit Patologi dan Jabatan Kimia untuk pemeriksaan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Usaha mengesan mangsa bergantung kepada hasil pemeriksaan perubatan dan kimia seperti jantina, tempoh kematian dan lain-lain maklumat diperolehi kemudian," katanya.

Ujar beliau, risikan lanjut dijalankan bagi mengesan kawasan sekitar merupakan perkuburan lama atau persendirian.

"Setakat ini kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan pihak polis akan memaklumkan perkembangan kes ini dari semasa ke semasa," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!