Dataran Merdeka bukan milik DBKL - Peguam

Dataran Merdeka bukanlah milik DBKL seperti yang ditegaskan oleh kerajaan baru-baru ini.
Dataran Merdeka bukanlah milik DBKL seperti yang ditegaskan oleh kerajaan baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Dataran Merdeka bukanlah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seperti yang ditegaskan oleh kerajaan baru-baru ini.

Seorang peguam, New Sin Yew berkata, undang-undang adalah jelas bahawa dataran itu adalah ruang awam yang hanya diselia oleh DBKL.

Sin Yew menyatakan persetujuan pemilik atau penghuni tempat perhimpunan seperti yang dinyatakan Seksyen 10(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 adalah khusus kepada terma 'jika berkenaan'.

Bagaimanapun, katanya, dalam konteks Dataran Merdeka, Akta Kerajaan Tempatan 1976 adalah jelas bahawa DBKL bukanlah pemilik dataran itu.

"Seksyen 63 akta tersebut menyatakan, sesebuah pihak berkuasa tempatan hendaklah mempunyai kawalan dan penjagaan am ke atas semua tempat dalam kawasan pihak berkuasa tempatan yang telah atau hendaklah pada bila-bila masa diasingkan dan terletak hak kepada pihak berkuasa tempatan untuk kegunaan orang ramai atau yang mana orang awam hendaklah pada mana-mana masa telah atau telah memperoleh hak bersama," katanya dalam kenyataan.

Tambah Sin Yew, akta tersebut menyifatkan tempat awam sebagai "mana-mana kawasan lapang, tempat letak kereta, taman, padang rekreasi dan hiburan atau dataran, sama ada tertutup atau tidak, diasingkan atau diperuntukkan untuk kegunaan orang ramai atau yang orang ramai akan masa mempunyai akses".

Hal itu, katanya, meliputi Dataran Merdeka yang jelas boleh diakses oleh orang ramai pada bila-bila masa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!