[VIDEO] Sinergi positif institusi diraja, Kerajaan Perpaduan

A
A
A

SINERGI antara institusi diraja di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dengan Kerajaan Perpaduan bukan sahaja mencerminkan hubungan positif, malah ia mampu memberikan keyakinan kepada rakyat serta masyarakat antarabangsa terutama pelabur asing.

Sultan Ibrahim (kanan) berkenan menerima mengadap Fahmi di Istana Serene pada Mac tahun lalu.
Sultan Ibrahim (kanan) berkenan menerima mengadap Fahmi di Istana Serene pada Mac tahun lalu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara tersebut dibuktikan apabila Seri Paduka Baginda sendiri berkenan mencemar duli untuk bertemu rakyat jelata dan bersantap nasi lemak di ibu kota baru-baru ini dengan ditemani Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sultan Ibrahim (tengah) menghadiri Majlis Santapan Rumah Terbuka Madani Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri 2024.
Sultan Ibrahim (tengah) menghadiri Majlis Santapan Rumah Terbuka Madani Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri 2024.

Sebagai jurucakap Kerajaan Perpaduan, beliau melihat sendiri keseriusan institusi Yang di-Pertuan Agong memayungi rakyat dan pentadbiran, bahkan menjadi petanda bahawa Malaysia berada pada landasan kukuh dalam memacu pertumbuhan.

Justeru katanya, kementeriannya melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang berusaha memastikan pengguna platform media sosial di negara ini memahami kepentingan mematuhi undang-undang khususnya perkara yang menyentuh isu politik keterlaluan atau memainkan sentimen 3R (raja, agama dan kaum).

Majlis Santapan Diraja sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 tahun lalu.
Majlis Santapan Diraja sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 tahun lalu.

“Kita harap keadaan akan semakin membaik dan rakyat faham. Benar rakyat ada hak untuk bersuara, tetapi jangan sentuh isu 3R terutama melibatkan institusi diraja.

“Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya dan latar belakang. Ini kekuatan kita, setiap titah Seri Paduka Baginda bukan hanya nasihat, tetapi merupakan panduan buat rakyat.

Artikel Berkaitan:

“Lihat sahaja bagaimana kebijaksanaan Tuanku mengemudi beberapa isu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap watak atau individu kerana ingin memberikan nasihat secara terus untuk memperbetulkan beberapa perkara,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di bangunan SKMM, di sini pada Selasa.

Prihatin nasib rakyat

Fahmi ketika ditemu bual wartawan Sinar Harian di bangunan SKMM pada Selasa.
Fahmi ketika ditemu bual wartawan Sinar Harian di bangunan SKMM pada Selasa.

Dalam pada itu Fahmi berpandangan, sifat penyayang dan sentiasa memikirkan nasib rakyat merupakan antara faktor membuatkan masyarakat berbilang kaum di negara ini jatuh hati dengan keperibadian Sultan Ibrahim.

Beliau secara peribadi turut mengagumi ciri kepimpinan yang ada pada diri Seri Paduka Baginda kerana menggalas tugas sebagai ketua negara bukan suatu perkara yang mudah.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, Sultan Ibrahim langsung tidak kekok untuk mencemar duli bersantap di warung kopi mahupun restoran biasa, mencerminkan bahawa baginda memang pemimpin berjiwa rakyat.

“Sebagai contoh, kita lihat dari segi pilihan Tuanku tatkala baginda mencemar duli, kadang-kadang ke kedai kopi, restoran kari kepala ikan, makan nasi lemak dan sebagainya.

“Ia menunjukkan bahawa Tuanku sangat rapat dengan rakyat. Setakat ini, saya lihat rakyat menaruh kepercayaan dan menjunjung kasih ke atas Sultan Ibrahim sepanjang setahun pemerintahan Seri Paduka Baginda,” ujar beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!