Lelaki guna AI menyamar Prabowo tawar bantuan wang

JAKARTA - Siasatan Jenayah Polis mendedahkan seorang lelaki menggunakan kaedah teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mencipta video deepfake palsu untuk melakukan penipuan dengan berpura-pura menjadi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan beberapa lagi pegawai.
Pengarah Jenayah Siber, Bareskrim, Brigedier Jeneral Himawan Bayu Aji berkata, kaedah itu menawarkan bantuan untuk menggoda mangsa.
"Modus operandi suspek memuat naik dan mengedarkan video di pelbagai platform media sosial menggunakan teknologi deepfake, memakai gambar dan suara seperti Presiden, Prabowo Subianto, Naib Presiden, Gibran Rakabuming Raka, Sri Mulyani dan pegawai negeri lain.
"Ia kelihatan seperti menyampaikan kenyataan 'pemerintah menawarkan bantuan kepada orang yang memerlukan'," katanya ketika sidang media pada Khamis.
Menerusi video palsu tersebut, suspek seolah-olah menjadi Prabowo dan Mulyani menawarkan bantuan tunai kepada orang yang memerlukan.
Suspek turut menyenaraikan nombor telefon mereka sebagai pusat panggilan orang ramai yang ingin mendapatkan bantuan.
Tambah Himawan, mangsa yang terjerat dengan video palsu itu menghubungi nombor berkenaan, kemudian, mangsa akan diarahkan untuk mengisi pendaftaran penerima bantuan.
"Mangsa telah mendaftar diminta menghantar sejumlah wang bagi kos pentadbiran bantuan tunai.
"Suspek berjanji akan mengeluarkan dana itu sehingga mangsa memindahkannya semula, walaupun bantuan tersebut sebenarnya tidak pernah wujud," katanya.
Ujarnya, berdasarkan siasatan, suspek melakukan penipuan berkenaan sejak 2020 hingga kini.
Menurutnya, seramai 11 mangsa telah ditipu dengan keuntungan mencecah Rp30 juta (RM8,208.47) dalam tempoh empat bulan lalu.
"Kandungan yang diedarkan adalah dalam bentuk video deepfake pegawai negeri dan sejumlah tokoh masyarakat terkenal di Indonesia," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

