Mansuh undang-undang lapuk beri imej baik kepada Malaysia

Pemansuhan undang-undang lapuk dapat memberikan imej yang baik kepada Malaysia di mata dunia. Gambar hiasan (Gambar kecil: Noorazmir)
Pemansuhan undang-undang lapuk dapat memberikan imej yang baik kepada Malaysia di mata dunia. Gambar hiasan (Gambar kecil: Noorazmir)
A
A
A

SHAH ALAM - Pemansuhan undang-undang lapuk dapat memberikan imej yang baik kepada Malaysia di mata dunia, seperti diharapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam, Noorazmir Zakaria berkata, apabila negara dilihat lebih demokratik dan tidak dibayangi isu-isu hak asasi, pelabur akan lebih yakin dengan melihat Malaysia berdaya saing dan bersama-sama memacu ke hadapan seperti negara maju yang lain.

“Ia berbeza dengan pesaing-pesaing negara Asean lain yang mungkin masih dibelenggu oleh kuasa autoktratik kerajaan masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Malaysia harus berubah mengikut peredaran zaman dengan memperkenalkan undang-undang kempen dan undi pilihan raya secara dalam talian.

“Ia selari dengan perubahan zaman. Maka Malaysia akan lebih dilihat demokratik dan menarik perhatian pelabur,” ujarnya.

Tambahnya, antara undang-undang lapuk yang masih digunakan sehingga kini adalah Akta Hasutan 1948.

“Kerajaan belum memberikan komitmen jelas, apakah yang akan dilakukan terhadap Akta Hasutan sama ada ingin dimansuhkan atau tidak.

“Begitu juga dalam isu perhimpunan aman, di mana terdapat kewajaran untuk kerajaan meminda Akta Perhimpunan Aman. Contohnya, adalah tidak demokratik dan munasabah untuk peserta perhimpunan meminta kebenaran bertulis daripada sesuatu pihak sebelum perhimpunan diadakan.

Artikel Berkaitan:

“Sebaliknya kerajaan boleh mempertimbangkan untuk menggazetkan pindaan agar mana-mana pemilik premis hanya perlu mengawal selia sesuatu perhimpunan dengan kerjasama pihak berwajib agar perhimpunan berjalan dengan lancar dan aman,” katanya.

Menurutnya, undang-undang berkaitan pilihan raya juga lapuk dan wajar dipinda untuk penganjuran kempen yang sistematik

“Antaranya akta tersebut masih meletakkan sesuatu kesalahan bagi kempen tanpa permit. Sedangkan undang-undang berkaitan permit pada Akta Polis sendiri sudah dimansuhkan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!