Ashwad Ismail dilantik Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia baharu

Fahmi (kanan) mengucapkan tahniah kepada Ashwad atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Penyiaran baharu. Foto: Facebook Fahmi Fadzil
Fahmi (kanan) mengucapkan tahniah kepada Ashwad atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Penyiaran baharu. Foto: Facebook Fahmi Fadzil
A
A
A

SHAH ALAM – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan pelantikan bekas Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail sebagai Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia yang baharu dan Dr Sharifah Adlina Syed Abdullah sebagai Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran.

Fahmi merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan mereka ke jawatan tersebut, sekali gus berharap kehadiran Ashwad dan Sharifah Adlina dapat terus memacu transformasi industri penyiaran negara.

“Selamat datang ke keluarga Kementerian Komunikasi! Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada Ketua Pengarah Penyiaran yang baharu, saudara Ashwad Ismail serta Timbalan Ketua Pengarah, Dr Sharifah Adlina Syed Abdullah.

“Semoga kepimpinan yang dibawa terus memperkukuh industri penyiaran negara, memacu inovasi serta menyampaikan maklumat yang sahih dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Pada Isnin, selepas lebih 19 tahun berkhidmat di Astro Awani, Ashwad mengumumkan pengundurannya sebagai Ketua Pengarang Astro Awani.

Ashwad menggantikan Datuk Suhaimi Sulaiman yang secara rasmi menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan pelantikan Ashwad Ismail sebagai Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia baharu
  • Dr Sharifah Adlina Syed Abdullah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran
  • Ashwad Ismail bekas Ketua Pengarang Astro Awani
  • Datuk Fahmi Fadzil berharap mereka dapat memacu transformasi industri penyiaran negara
  • Ashwad Ismail menggantikan Datuk Suhaimi Sulaiman yang sudah menamatkan perkhidmatannya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!