Agong santap pagi nasi lemak bersama Perdana Menteri

Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa untuk santap pagi bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah restoran di Masjid India di Kuala Lumpur pada Ahad. Foto Facebook Sultan Ibrahim
Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa untuk santap pagi bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah restoran di Masjid India di Kuala Lumpur pada Ahad. Foto Facebook Sultan Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan meluangkan masa untuk santap pagi bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah restoran di Masjid India di sini.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bersama Perdana Menteri menikmati menu nasi lemak, di Nasi Lemak Burung Hantu, cawangan Semua House.

Orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar bersama Agong (empat dari kanan) dan Anwar (tiga dari kanan). Foto Facebook Sultan Ibrahim
Orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar bersama Agong (empat dari kanan) dan Anwar (tiga dari kanan). Foto Facebook Sultan Ibrahim

Orang ramai juga tidak melepaskan peluang bersalaman dan merakam gambar bersama Seri Paduka Baginda.

Sultan Ibrahim turut berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama kanak-kanak serta bertanyakan khabar. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!