Lapan lelaki Bangladesh jadi buruh paksa di ladang sayur, tidak dibayar gaji

Antara yang ditahan polis dalam serbuan di ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang pada Selasa.
Antara yang ditahan polis dalam serbuan di ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang pada Selasa.
A
A
A

GUA MUSANG - Lapan warga Bangladesh yang dipercayai dieksploitasi dan diperdaya untuk bekerja sebagai buruh paksa di ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing di sini diselamatkan polis pada Selasa.

Operasi kira-kira jam 12.30 tengah hari itu dilaksanakan menerusi Op Pintas sepasukan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, mangsa terdiri daripada lapan lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan 27 hingga 47 tahun.

Senior Asisten Komisioner Soffian Santong
Senior Asisten Komisioner Soffian Santong

Katanya, mangsa disyaki dieksploitasi dengan cara tidak dibayar gaji dan ada antara mereka telah bekerja kira-kira enam hingga tujuh bulan lalu.

"Selain itu, 25 orang telah ditahan terdiri daripada tiga lelaki tempatan dan 22 warga asing yang kesemua berusia lingkungan 24 hingga 50 tahun.

"Tiga lelaki tempatan ini berperanan sebagai pemilik dan pembantu ladang yang disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Atipsom 2007 serta Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Polis menjalankan pemeriksaan individu di ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang pada Selasa.
Polis menjalankan pemeriksaan individu di ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang pada Selasa.

Beliau berkata, warga asing lain yang ditahan merupakan pekerja ladang melibatkan warga Bangladesh, Myanmar, Sri Lanka dan Indonesia.

Tambah Soffian, ladang sayur yang diserbu ini mengusahakan tanaman kubis, bawang dan tomato.

"Tindakan juga diambil mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 372B/373 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!