Mangsa eksploitasi buruh dipukul, tak dibayar gaji

Pihak polis melakukan pemeriksaan di sebuah kilang barangan pembuatan perabot dan premis kitar semula di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis. - Foto PDRM
Pihak polis melakukan pemeriksaan di sebuah kilang barangan pembuatan perabot dan premis kitar semula di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis. - Foto PDRM
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Sebuah kilang barangan pembuatan perabot dan premis kitar semula di sini digempur selepas dipercayai mengeksploitasi warga asing sebagai buruh paksa tanpa dibayar gaji selain dipukul dan diugut.

Serbuan jam 2.30 petang pada Khamis itu dilaksanakan menerusi Op Pintas sepasukan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Operasi dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Jabatan Imigresen Selangor serta Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu bertindak menyelamatkan tiga lelaki warga Bangladesh dipercayai mangsa eksploitasi.

Pihak polis melakukan pemeriksaan di sebuah kilang barangan pembuatan perabot dan premis kitar semula di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis. - Foto PDRM
Pihak polis melakukan pemeriksaan di sebuah kilang barangan pembuatan perabot dan premis kitar semula di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis. - Foto PDRM

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, ketiga-tiga mangsa berusia 28 hingga 35 tahun itu diselamatkan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Akta AntiPemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa telah bekerja selama satu hingga lima tahun dan mendakwa telah dipukul, diugut serta tidak dibayar gaji, selain tidak disediakan tempat tinggal yang kondusif.

"Selain itu, polis turut menahan 29 individu berusia 26 hingga 48 tahun atas pelbagai kesalahan.

"Semakan mendapati dua lelaki warga Bangladesh dan India yang ditahan masing-masing merupakan pengurus kilang pembuatan perabot serta premis kitar semula.

Artikel Berkaitan:

"Tangkapan lain membabitkan lelaki terdiri daripada warga Bangladesh, India, Pakistan dan Myanmar disyaki merupakan pekerja premis," katanya pada Jumaat.

Beliau berkata, siasatan terhadap tangkapan diambil di bawah Seksyen 12 Akta Atipsom 2007, Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Tambah Soffian, pihak MBPJ juga mengambil tindakan ke atas premis mengikut Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!