Al-Sultan Abdullah berkenan ikuti sesi Townhall Rakyat bersama MB Pahang

Wan Rosdy (tengah) bergambar kenangan bersama pengamal media arus perdana, media sosial dan kerajaan negeri di Majlis Malam Media Darul Makmur di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan pada Selasa. Foto: FB Wan Rosdy
Wan Rosdy (tengah) bergambar kenangan bersama pengamal media arus perdana, media sosial dan kerajaan negeri di Majlis Malam Media Darul Makmur di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan pada Selasa. Foto: FB Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN-Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendedahkan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut berkenan mengikuti siaran langsung sesi TownHall Rakyat Sinar Harian bersama MB Pahang di Dewan Karangkraf, Shah Alam pada Jumaat.

Beliau berkongsi perkara tersebut dalam ucapannya sempena Majlis Malam Media Darul Makmur di Hotel Grand Darul Makmur, di sini pada Selasa.

"Saya sendiri terkejut selepas majlis angkat sumpah Majlis Pengurniaan Surat Cara Pelanjutan Tempoh Pelantikan Exco Pahang di Istana Abdulaziz, di sini dan Tuanku memberitahu mengikuti program tersebut.

"Dan saya difahamkan program itu berjaya meraih 11.4 juta capaian," katanya.

Dalam pada itu, Wan Rosdy turut meluahkan penghargaan atas kerjasama rapat yang diberikan oleh pengamal media di negeri itu dan berharap ia dapat dipertingkatkan lagi.

"Kita sangat berterima kasih kepada pengamal media yang memahami, media dekat di hati saya dan berharap majlis sebegini akan diadakan setahun sekali, bukan dua tahun sekali seperti sebelum ini," ujarnya.

Lebih 180 orang terdiri pengamal media arus perdana, kerajaan negeri dan media sosial diraikan dalam majlis tersebut.

Sebelum itu, 60 peserta turut berentap dalam pertandingan boling Media Darul Makmur di Kuantan Megalanes yang menyaksikan pasukan diketuai Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal muncul juara.

Artikel Berkaitan:

Turut berlangsung cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik antaranya barangan elektrik seperti televisyen, peti ais dan mesin basuh selain pertandingan pakaian terbaik dan persembahan nyanyian oleh pengamal media sendiri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!