MB jamin kebajikan Orang Asli Pahang terjaga

Wan Rosdy ketika sesi TownHall Rakyat di Dewan Karangkraf pada Jumaat.
Wan Rosdy ketika sesi TownHall Rakyat di Dewan Karangkraf pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Pahang memberi jaminan kebajikan Orang Asli di negeri itu akan terus dipelihara meskipun hanya meliputi 95,000 daripada rakyat Pahang.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pelbagai insentif yang dilaksanakan untuk manfaat rakyat turut dinikmati oleh tujuh etnik masyarakat Orang Asli negeri itu.

Bahkan menurutnya, penubuhan Pahang Orang Asli Corporation menjadi pusat sehenti dalam memantau sebarang bentuk bantuan yang mengambil kira keperluan ekonomi dan sosio kehidupan mereka.

Orang ramai yang hadir ketika sesi TownHall Rakyat di Dewan Karangkraf pada Jumaat.
Orang ramai yang hadir ketika sesi TownHall Rakyat di Dewan Karangkraf pada Jumaat.

"Perkahwinan kali pertama kita beri RM300. Kita juga beri rumah percuma...sebanyak 120 buah rumah bernilai RM82,000 diberikan tahun ini. Laptop percuma (juga diberikan).

"Kemudian kita pastikan kalau mereka dapat keputusan minima yang membolehkan mereka sambung pelajaran, mereka dapat sambung IPT (institut pengajian tinggi) IPTS (institut pengajian tinggi swasta) atau institusi pendidikan," katanya ketika sesi TownHall Rakyat di Dewan Karangkraf di sini, pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!