PRU16: BN Pahang optimis kekal kedudukan dengan majoriti mudah

Wan Rosdy ketika sesi TownHall Rakyat di Dewan Karangkraf pada Jumaat.
Wan Rosdy ketika sesi TownHall Rakyat di Dewan Karangkraf pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Pahang optimis untuk mengekalkan pemerintahan negeri dengan majoriti mudah dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pendekatan yang dilaksanakan ketika ini memberi fokus untuk merealisasikan matlamat tersebut.

Menurutnya, setelah segala usaha memastikan kebajikan rakyat dan prestasi kewangan kerajaan negeri diperkasakan, tidak mustahil BN Pahang mampu kembali membina kubu dengan lebih kuat.

"Tapi dalam politik bukan prestasi (jadi ukuran), (sebaliknya) sentimen, persepsi dan juga fitnah.

"Tapi saya percaya ini sementara sahaja sebab prestasi masih boleh diukur. Angka tidak pernah berbohong.

Orang ramai yang hadir ketika sesi TownHall Rakyat di Dewan Karangkraf pada Jumaat.
Orang ramai yang hadir ketika sesi TownHall Rakyat di Dewan Karangkraf pada Jumaat.

"Jadi, dalam PRU akan datang ini, prestasi kerajaan negeri kita akan teruskan, tapi dalam masa sama kita kena uruskan persepsi dan fitnah," katanya ketika sesi TownHall Rakyat di Dewan Karangkraf di sini pada Jumaat.

Tambah Wan Rosdy, inisiatif penubuhan sekretariat anak Pahang juga menjadi salah satu usaha mendekati anak rantau bagi memperjelas segala bentuk bantuan kerajaan negeri dan menjawab isu-isu berbangkit.

Artikel Berkaitan:

"Sekarang ini saya fikir bagaimana nak pertahankan Pahang supaya dapat kembali majoriti mudah.

"Jadi saya optimis, tapi bukan (bermakna) terlalu yakin. Namun, saya percaya 1.15 juta pengundi Pahang akan kembali mengundi BN," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!