Berdosa besar batalkan puasa ganti tanpa uzur syarie

BERDOSA besar hukumnya jika seseorang sengaja membatalkan puasa ganti Ramadan tanpa uzur syarie. -Gambar hiasan/ Foto: CANVA
BERDOSA besar hukumnya jika seseorang sengaja membatalkan puasa ganti Ramadan tanpa uzur syarie. -Gambar hiasan/ Foto: CANVA
A
A
A

KETIKA ini, sebahagian daripada kita sedang bergelut untuk menghabiskan baki puasa ganti Ramadan yang ditinggalkan pada tahun lalu.

Maklum sahajalah, bulan mulia itu akan kembali lagi lebih sebulan dari sekarang.

Namun begitu, banyak pula cabaran dihadapi dalam melunaskan hutang itu lantaran pada musim cuti sekolah saat ini, ramai mengambil peluang untuk membuat majlis kenduri atau keraian sebelum ketibaan Ramadan.

Bolehkah orang yang sedang berpuasa ganti membatalkan puasanya itu?

Menurut pendakwah terkemuka, Ustazah Asma’ Harun, berdosa besar hukumnya jika seseorang sengaja membatalkan puasa ganti Ramadan tanpa uzur syarie.

USTAZAH ASMA'
USTAZAH ASMA'

Ini kerana hukum menggantikannya merupakan fardu ain dan wajib bagi sesiapa yang meninggalkannya.

Artikel Berkaitan:

Ia selari dengan firman ALLAH SWT: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah: 183)

Daripada Ummu Hani RA berkata: “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya aku telah berbuka sedangkan aku berpuasa.” Maka Rasulullah SAW berkata kepadanya: “Adakah kamu sedang mengqadakan sesuatu (puasa).” Beliau berkata: “Tidak.” Sabda Baginda: “Maka tidak memudaratkan kamu (tidak berdosa) sekiranya ia puasa sunat.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Melihat hadis itu, ujar Ustazah Asma’, Rasulullah SAW meminta penjelasan daripada Ummu Hani sama ada beliau berpuasa qada tertentu atau tidak, sebelum menjelaskan bahawa dirinya berpuasa sunat.

Lalu Rasulullah pun menjawab bahawa tidak berdosa jika sengaja berbuka andai puasa sunat.

JIKA sedang berpuasa qada, sebaiknya elakkan diri daripada membatalkan puasa berkenaan tanpa uzur syarie. -Gambar hiasan/ Foto: CANVA
JIKA sedang berpuasa qada, sebaiknya elakkan diri daripada membatalkan puasa berkenaan tanpa uzur syarie. -Gambar hiasan/ Foto: CANVA

“Ini bermakna, jika puasa qada, maka tidak dibenarkan untuk berbuka dengan sengaja.

“Bagaimanapun, andai seseorang yang berpuasa itu dalam keadaan uzur syarie seperti sakit, haid atau bermusafir, maka perbuatan membatalkan puasa gantinya itu adalah dibenarkan, tetapi wajib ke atasnya untuk menggantikannya semula pada hari yang lain,” katanya sebagaimana dipetik menerusi perkongsian di laman sosial Facebook miliknya pada Isnin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!