'Tambah petugas kesihatan, bukan kurangkan waktu bekerja' - Dr Akmal

Dr Muhamad Akmal
Dr Muhamad Akmal
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepatutnya menambah petugas kesihatan, bukannya mengurangkan tempoh waktu bekerja daripada maksimum 33 jam kepada 18 jam untuk setiap sesi menerusi pelaksanaan Waktu Bekerja Berlainan (WBB).

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, isu sebenar yang timbul adalah apabila staf perlu bekerja lebih masa disebabkan kekurangan kakitangan.

Menurut beliau selaku doktor perubatan, pihaknya percaya walaupun jadual baharu menunjukkan jumlah waktu bekerja berkurangan, tetapi ia teori dan angan-angan semata-mata.

“Realitinya, mereka terpaksa bekerja lebih masa disebabkan tugasan yang banyak berbanding kakitangan sedia ada.

“Jika masalah kewangan yang dihadapi kementerian, sekurang-kurangnya hargailah petugas kesihatan dengan tidak memotong elaun 'on-call' setelah bekerja selama 18 jam. Kalau tak nak bayar elaun 'on-call', kiralah bayaran ikut jam.

“Hargailah petugas kesihatan kita yang banyak berkorban untuk rakyat dan masih setia bekerja dalam sektor awam,“ katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, pelaksanaan WBB mampu mengurangkan keletihan dan meningkatkan kualiti hidup serta kebajikan petugas perubatan di samping memastikan golongan berkenaan tidak bekerja melebihi 24 jam secara berterusan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan, sistem itu juga dibuat bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.

Selain itu, katanya, cadangan pelaksanaan tersebut dapat mengurangkan jumlah waktu bertugas yang kini mencecah 99 jam seminggu (tiga kali 'on-call' seminggu) kepada 72 jam seminggu.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal berpandangan, golongan pembuat polisi yang bekerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang sepatutnya lebih memahami situasi dihadapi petugas kesihatan.

“Diharapkan pembuat polisi kerja jam 8 pagi balik 5 petang, cuti Sabtu dan Ahad dapat memahami apa sebenarnya dihadapi petugas kesihatan kita di bawah ini,“ ujarnya lagi.

@sinarharianonline

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepatutnya menambah petugas kesihatan, bukannya mengurangkan tempoh waktu bekerja daripada maksimum 33 jam kepada 18 jam untuk setiap sesi menerusi pelaksanaan Waktu Bekerja Berlainan (WBB). Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, isu sebenar yang timbul adalah apabila staf perlu bekerja lebih masa disebabkan kekurangan kakitangan. #SinarHarian #SinarTerkini #PetugasKesihatan #Waktubekerja #Elaun #KKM

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!