Waspada perangai dolak-dalik Israel

Laporan muka depan Sinar Harian pada Jumaat berhubung gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Jumaat berhubung gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
A
A
A

SHAH ALAM - Israel dijangka sukar mematuhi perjanjian gencatan senjata dengan Hamas yang dijangka bermula Ahad ini.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Dr Azrul Azlan Abdul Rahman berkata, sejarah membuktikan proses damai yang pernah diumumkan sebelum ini dicabuli sehingga menyebabkan ketidakstabilan berterusan di rantau tersebut.

“Terdapat kebimbangan tentang keberkesanan perjanjian gencatan senjata pada Ahad ini kerana ada laporan Israel menangguhkan kelulusannya akibat pertikaian dalaman serta perubahan syarat oleh kedua-dua pihak.

“Keadaan ini menimbulkan persoalan sama ada ia akan dilaksanakan seperti yang dirancang atau menghadapi halangan. Tambahan pula Israel telah melancarkan serangan ke atas Gaza beberapa jam selepas pengumuman gencatan senjata tersebut,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Pada Rabu, Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Qatar, Mohammed bin Abdulrahman mengumumkan kejayaan pengantara mencapai perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza, dengan pelaksanaannya dijadual bermula Ahad ini.

Sejak 2008 hingga 2021, terdapat empat gencatan senjata di Gaza namun dua daripadanya berakhir dengan ia dicabuli.

Pada Jun 2008, satu gencatan senjata sementara dimeterai antara Israel dan Hamas bertujuan menghentikan serangan roket dari Gaza dan serangan udara oleh Israel.

Bagaimanapun, gencatan senjata berakhir pada Disember 2008, apabila kedua-dua pihak saling menuduh melanggar perjanjian.

Artikel Berkaitan:

Gencatan senjata Perang Gaza 2014 juga tidak bertahan lama kerana ketegangan dan provokasi berterusan daripada kedua belah pihak.

Pada 30 November lalu, Israel sekali lagi melanggar perjanjian, kali ini di Lubnan apabila melancarkan serangan ke atas Hizbullah, tiga hari selepas gencatan senjata dicapai.

Azrul Azlan berkata, kejayaan pelaksanaan gencatan senjata kini bergantung kepada keikhlasan dan komitmen kedua-dua pihak dalam mematuhi syarat-syarat yang dipersetujui.

“Tanpa kesungguhan tersebut, terdapat risiko tinggi bahawa perjanjian ini akan mengalami nasib yang sama seperti gencatan senjata terdahulu yang dilanggar,” ujarnya.

Pensyarah Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin, Profesor Dr Mohd Afandi Salleh turut mempunyai pandangan yang sama.

Beliau yang berpengalaman ditahan Israel selama dua hari ketika menyertai misi Right to a Just Future for Palestine pada 2018 menegaskan, keyakinan itu mengambil kira sejarah rejim Zionis yang kerap mencabuli genjatan senjata dengan Hamas sebelum ini.

Malah ujarnya, tindakan biadap negara di bawah pimpinan Benjamin Netanyahu itu juga sudah dijangka.

“Memang ada sejarah dari dulu lagi yang Israel atau bangsa Yahudi memungkiri perjanjian (dengan Hamas),” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!