Mesin dandang kilang pita meletup cetus kebakaran besar

Asap hitam menyelubungi sekitar lokasi kebakaran.
Asap hitam menyelubungi sekitar lokasi kebakaran.
A
A
A

PERAI - Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa mengambil masa hampir tiga jam bagi mengawal kebakaran sebuah kilang pita di Kawasan Perindustrian Prai, di sini pada petang Jumaat.

Difahamkan, insiden kira-kira jam 4.40 petang itu dipercayai berlaku susulan mesin dandang atau ‘boiler’ di kilang berkenaan meletup dan mencetuskan kebakaran besar.

Komander Operasi, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Endi Sherimi Mohd Adzmi berkata, lebih 50 pegawai dan anggota dari tujuh balai bomba dan penyelamat bergegas ke tempat kejadian bagi melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran.

Asap hitam menyelubungi sekitar lokasi kebakaran.
Asap hitam menyelubungi sekitar lokasi kebakaran.

Menurutnya, kerja-kerja memadam api turut mendapat bantuan 70 anggota bomba sukarela bagi memastikan kebakaran tidak merebak ke kawasan kilang berhampiran.

"Kebakaran melibatkan sebuah kilang dengan anggaran keluasan bangunan 200 x 300 kaki persegi yang mana berlaku di bahagian setor dan pejabat.

Lebih 100 pegawai dan anggota bomba terlibat dalam operasj memadamkan kebakaran.
Lebih 100 pegawai dan anggota bomba terlibat dalam operasj memadamkan kebakaran.

"Disebabkan bahan kimia jenis toulene yang berada di dalam kilang berkenaan menyebabkan api merebak dan mengeluarkan asap hitam tebal di lokasi kejadian," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Endi Sherimi berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 7.17 petang dengan kerja-kerja pemadaman difokuskan di beberapa sektor.

Jelasnya, pasukan bomba menggunakan kaedah 'fire break' atau penyejukkan dilakukan di bahagian setor bahan kimia bagi memastikan kebakaran tidak terus merebak.

Beliau berkata, sehingga jam 9 malam, kerja-kerja pemantauan sedang dilakukan oleh bomba bagi memastikan kebakaran dapat dipadam sepenuhnya dan selamat.

Terdahulu tular di media sosial memaparkan kejadian kebakaran terbabit yang mencemaskan pengguna jalan raya dekat situ selepas melihat kepulan asap hitam tebal di ruang udara kilang berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!