Tanah runtuh di Genting Highlands

Jalan Amber Court dan Ion D'Elemen Genting Highlands, Bentong sudah boleh dilalui selepas kerja pembersihan dilakukan. Foto Bomba Pahang
Jalan Amber Court dan Ion D'Elemen Genting Highlands, Bentong sudah boleh dilalui selepas kerja pembersihan dilakukan. Foto Bomba Pahang
A
A
A

BENTONG - Tiada kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda dilaporkan berlaku susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Amber Court dan Ion D'Elemen Genting Highlands, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihak Balai Polis Genting Highlands menerima aduan berhubung kejadian terbabit kira-kira jam 2.47 pagi.

Pasukan Polis Bentong dan agensi terlibat memantau keadaan di Jalan Amber Court dan Ion D'Elemen Genting Highlands susulan kejadian tanah runtuh. Foto Polis Bentong
Pasukan Polis Bentong dan agensi terlibat memantau keadaan di Jalan Amber Court dan Ion D'Elemen Genting Highlands susulan kejadian tanah runtuh. Foto Polis Bentong

Menurutnya, akibat daripada kejadian itu jalan ke Amber court dan Ion D'element terhalang dan tidak dapat dilalui di kedua-dua arah.

"Kerja-kerja pembersihan laluan selesai dilakukan selesai jam 2.00 petang dan laluan sudah boleh dilalui untuk semua kenderaan.

"Namun pihak berkuasa dan pihak keselamatan Genting Highlands akan terus memantau lokasi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi serta menularkan kejadian yang tidak benar termasuk lokasi kejadian tanah runtuh yang tidak benar.

Orang ramai diingatkan menghubungi pusat kawalan daerah (DCC ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan untuk mendapatkan berita yang sahih.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!