Rekrut warga asing jadi 'tukang masak' kokain

Kok Chin (tengah) menunjukkan antara barang yang dirampas susulan tangkapan suspek warga Hong Kong di Jalan Klang Lama, Rabu lalu.
Kok Chin (tengah) menunjukkan antara barang yang dirampas susulan tangkapan suspek warga Hong Kong di Jalan Klang Lama, Rabu lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sindiket kokain yang merekrut seorang lelaki warga asing dengan bayaran RM5,000 sebagai 'tukang masak' untuk memproses dadah diberkas di Pusat Perindustrian Kuala Lumpur, Jalan Klang Lama, di sini, Rabu lalu.

Kegiatan itu terbongkar menerusi serbuan kira-kira jam 5.30 petang oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Kuala Lumpur.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, hasil maklumat risikan, pihaknya telah menahan lelaki warga Hong Kong yang juga pemegang pasport United Kingdom berusia 27 tahun ketika sedang menolak satu troli.

Kok Chin (dua dari kiri) dalam sidang akhbar pada Jumaat berkaitan kejayaan menumpaskan sindiket kokain.
Kok Chin (dua dari kiri) dalam sidang akhbar pada Jumaat berkaitan kejayaan menumpaskan sindiket kokain.

Katanya, pemeriksaan troli itu menemui dua bekas plastik lut sinar berisi cecair disyaki jenis kokain seberat kira-kira 2.57 liter dan bekas plastik mengandungi ketulan disyaki kokain dianggar 2.19 kilogram (kg).

"Soal siasat suspek kemudian membawa serbuan di sebuah premis di lokasi terbabit.

"Pemeriksaan di premis itu menjumpai peralatan dan bahan-bahan kimia disyaki untuk memproses dadah seberat kira-kira 3,517.25 liter serta 104.9 kg," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Antara peralatan disyaki digunakan untuk memproses dadah yang ditemui dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Rabu.
Antara peralatan disyaki digunakan untuk memproses dadah yang ditemui dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Rabu.

Beliau berkata, antara peralatan dirampas ialah set tangki putih, tabung uji, peti sejuk, tong dan mesin pemanas air.

Tambah Kok Chin, serbuan ketiga kemudian dibuat di sebuah rumah di Segambut, Kuala Lumpur dan menemui bahan kimia seberat 1 liter dan 3.2 kg.

Antara bahan kimia disyaki digunakan untuk memproses dadah kokain dirampas polis dalam serbuan di premis sekitar ibu negara, Rabu lalu.
Antara bahan kimia disyaki digunakan untuk memproses dadah kokain dirampas polis dalam serbuan di premis sekitar ibu negara, Rabu lalu.

Jelasnya, nilai dadah dan bahan kimia yang dirampas keseluruhan berjumlah RM8 juta.

"Siasatan mendapati suspek diupah sebanyak RM5,000 sebulan oleh sindiket dan masuk ke Malaysia pada 3 Januari lalu sebagai pelancong," ujarnya.

Kata beliau, harga bagi 1 kg kokain adalah berbeza bagi setiap negara, contohnya di pasaran tempatan harganya RM200,000, manakala di Korea mencecah RM916,000, Hong Kong (RM709,000) dan New Zealand (RM1.14 juta).

Menurutnya, sindiket yang aktif sejak awal Disember lalu dipercayai menyewa premis terbabit dengan bayaran RM2,500 untuk dijadikan sebagai makmal memproses dadah bagi pasaran tempatan dan luar negara.

"Suspek telah direman tujuh hari sehingga 22 Januari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 selain tindakan bagi mengenal pasti rangkaian sindiket," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!