Lelaki warga asing maut jatuh bangunan

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warganegara asing dipercayai jatuh dari bangunan di Scarlet Suite Residensi, Jalan Yap Kwan Seng, di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 7.39 pagi.
Beliau berkata, lelaki warganegara asing itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Anggota badan mangsa berada dalam keadaan tidak sempurna akibat jatuh dari bangunan tersebut.
"Si mati tinggal di bangunan tempat kejadian tersebut berlaku dan tiada nota dijumpai pada mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Kata beliau, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tujuan bedah siasat.
Menurut beliau, siasatan diklasifikasi sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan siasatan masih diteruskan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!