Gaduh dengan suami, isteri tak sengaja bunuh anak sendiri

JAKARTA - Seorang bayi berusia satu tahun tujuh bulan maut di tangan ibunya, selepas wanita itu tidak sengaja membunuh anaknya itu.
Ketua Siasatan Jenayah Kupang, AKP Yeni Setiono berkata, kejadian berlaku di Desa Soba pada Selasa lalu.
"Melalui kenyataan suspek, Deningsi Bano Beti, 27, kejadian itu bermula apabila dia bergaduh mulut dengan suaminya, Kornalius Marion Bano, 25.
"Pertengkaran semakin memuncak apabila suspek menghunus parang yang kononnya mahu mencederakan suaminya, bagaimanapun terkena anak yang sedang didukungnya hingga cedera parah," katanya kepada wartawan pada Khamis.
Katanya, mangsa kemudian dibawa ke hospital bagaimanapun tidak dapat diselamatkan.
"Suspek sudah ditangkap dan kita sedang jalankan siasatan penuh," katanya lagi. -Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!