Bahan pornografi kanak-kanak: Filipina siasat komputer riba bapa Meghan Markle

MANILA - Pihak berkuasa Filipina sedang menyiasat sebuah komputer riba yang ditemukan bersama bahan pornografi kanak-kanak di bekas kediaman bapa Meghan Markle yang merupakan isteri kepada Putera Harry.
Menteri Dalam Negeri, Jonvic Remulla berkata, keputusan penuh siasatan dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.
Thomas Markle dilaporkan pernah menetap di Cebu sebelum kembali semula ke Amerika Syarikat (AS) pada awal tahun ini.
"Kami merancang mengambil tindakan undang-undang sewajarnya terhadap Markle yang menafikan semua dakwaan salah laku terhadapnya sekiranya ada bukti mencukupi. Polis Nasional Filipina (PNP) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan ntuk tindakan selanjutnya," ujar Remulla.
Akhbar tabloid Britain, The Sun, pertama kali melaporkan minggu lalu bahawa Thomas Markle Jr menjumpai imej penderaan kanak-kanak ketika memeriksa kotak-kotak yang terdapat di bekas kediaman bapanya.
Pada Jumaat, Meghan memaklumkan beliau 'amat tertekan' dengan dakwaan mengenai bapanya. Ibu kepada dua cahaya mata itu juga mendakwa beliau pernah melihat sepucuk surat yang dihantar kepada Polis Metropolitan London serta unit Perlindungan Diraja dan Pakar pada 2018 yang mengandungi dakwaan serupa. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

