Tular kain rentang ajaran sesat di AMJ

Kain rentang ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light yang dipasang di jenjantas AMJ di Peringgit Jaya di sini, pada Khamis.
Kain rentang ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light yang dipasang di jenjantas AMJ di Peringgit Jaya di sini, pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Pengguna jalan raya yang melalui jejantas Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ) di Peringgit Jaya di sini sejak pagi Khamis terkejut dengan satu kain rentang ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light yang dipasang di situ.

Pengguna yang dikenali sebagai Hafizan berkata, setiap pagi dia akan melalui jalan itu untuk menghantar isterinya ke tempat kerja dan terkejut melihat kain rentang berwarna putih dan tercatat tulisan itu.

"Saya sempat meminta isteri mengambil beberapa keping gambar kerana mahu memanjangkan kepada pihak berkuasa.

"Bimbang jika ada di tempat lain yang dipasang, saya harap pihak berkenaan dapat membuat pemantauan," katanya.

Tinjauan Sinar Harian pada jam 9 pagi mendapati, kain rentang ajaran yang telah difatwakan sesat dipercayai digantung individu tidak bertanggungjawab malam Rabu.

Ia tertera tulisan 'Abdullah Hashem Adalah Al- Mahdi Ahmadi Agama Keamanan dam Cahaya'.

Sementara itu Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman ketika dihubungi akan mendapatkan maklumat penuh dan menjalankan siasatan berhubung penularan itu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!