Syarikat Hejira mohon maaf, tawar penyelesaian kepada jemaah umrah terkandas

Mohd Syahril (tiga dari kiri) ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antrabangsa Malaysia pada Rabu.
Mohd Syahril (tiga dari kiri) ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antrabangsa Malaysia pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pengarah Urusan Syarikat Umrah Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd, Mohd Syahril Alias membuat permohonan secara terbuka berikutan gagal menerbangkan lebih 300 jemaah umrah ke Tanah Suci.

Mohd Syahril berkata, pihaknya turut menawarkan tiga penyelesaian termasuk pemulangan 100 peratus kerugian yang ditangguh jemaah.

Menurutnya, tawaran kedua adalah penjadualan semula tiket penerbangan bagi jemaah yang masih ingin meneruskan ibadah umrah bersama syarikat itu.

"Yang ketiga pemberian wang RM5,000 sebagai kos bayaran penginapan jemaah sepanjang tempoh terkandas ini.

"Syarikat akan membuat surat aku janji (letter of undertaking) yang mengatakan sedia membuat pembayaran seratus peratus.

"Ia akan dibuat kepada jemaah dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas jemaah bersetuju menandatangi surat akur janji tersebut," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antrabangsa Malaysia (MHO) di sini pada Rabu.

Antara jemaah umrah yang terkandas mendengar penjelasan daripada pihak Syarikat Umrah Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd.
Antara jemaah umrah yang terkandas mendengar penjelasan daripada pihak Syarikat Umrah Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir, Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim.

Sebelum ini, kira-kira lebih 300 jemaah umrah terkandas apabila mereka dijanjikan untuk diterbangkan ke tanah suci namun ditunda syarikat pengendali umrah.

Tambah Mohd Syahril Alias, beliau memohon maaf kepada jemaah terkesan daripada apa yang berlaku.

"Saya memohon jutaan kemaafan dari hati yang tulus kepada tuan puan. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang memilih Hejira Travel.

"Diharapkan semua jemaah dapat beribadah selepas ini dengan tenang walaupun bukan bersama syarikat kami," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!