Budak autisme dilaporkan hilang, ditemukan lemas di Sungai Kedah

Mayat mangsa ditemukan lemas di Sungai Kedah pada pagi Sabtu.
Mayat mangsa ditemukan lemas di Sungai Kedah pada pagi Sabtu.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak lelaki autisme yang dilaporkan hilang pada Jumaat, berhampiran rumahnya di Taman Tunku Tabor, Jalan Gangsa di sini ditemukan lemas di Sungai Kedah pada pagi Sabtu.

Jasad mangsa, Firash Daniel Muhammad Hafeez Ansle, 7, ditemukan di tebing sungai pada jam 8.12 pagi.

Firash Daniel Muhammad Hafeez Ansle
Firash Daniel Muhammad Hafeez Ansle

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, jasad mangsa ditemukan kira-kira 100 meter dari rumahnya selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pada jam 6 petang Jumaat.

"Menurut laporan, ibu kanak-kanak tersebut menyedari kehilangan anaknya pada jam 4.30 petang Jumaat. SAR dimulakan pada jam 6 petang dengan kekuatan 30 anggota termasuk anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.

Siti Nor Salawati (dua kanan) semasa menziarahi keluarga mangsa di Taman Tunku Tabor, Jalan Gangsa, Alor Setar pada Sabtu.
Siti Nor Salawati (dua kanan) semasa menziarahi keluarga mangsa di Taman Tunku Tabor, Jalan Gangsa, Alor Setar pada Sabtu.

"Pada jam 8.12 pagi tadi (Sabtu), kanak-kanak tersebut ditemui lemas. Anggota penyelamat ternampak tangan mangsa dan memegangnya sebelum membawa naik ke tebing," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian pada Sabtu.

Jelas Siti Nor Salawati, jasad anak bongsu dari empat beradik itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sementara itu, nenek saudara mangsa, Fatimah Abdullah, 76, berkata, sebelum kejadian, mangsa sedang bermain bersama adik-beradiknya di dalam kawasan rumah mereka.

Artikel Berkaitan:

"Abang mangsa berusia sembilan tahun keluar ke surau untuk solat Asar dan difahamkan pintu pagar rumah tidak tertutup rapat.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

"Mangsa mungkin keluar senyap-senyap sebelum ahli keluarganya menyedari kehilangannya," katanya.

Pada Jumaat, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki autisme dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Taman Tunku Tabor.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!