Pembantu Jabatan Perikanan Perlis didakwa terima suapan RM4,000

Mohd Zainal ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini.
Mohd Zainal ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini.
A
A
A

KANGAR - Seorang Pembantu Jabatan Perikanan Negeri Perlis didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM4,000 dua tahun lepas.

Tertuduh Mohd Zainal Murad, 49, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman selepas semua pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan pertama Mohd Zainal melalui satu aplikasi WhatApps telah meminta suapan bernilai RM4,000 sebagai dorongan bagi mendapatkan surat hebahan penjualan, laporan Penilaian dan pembaharuan dua vesel daripada pemilik vesel pada jam 6 petang, 6 Jun 2018 di Kampung Alor Tampang ke Paya Besar, Kangar.

Bagi pertuduhan kedua tertuduh didakwa menerima suapan RM2,000 yang telah didepositkan ke akaun bank miliknya pada jam 9.41 malam, 12 Januari 2018.

Bagi pertuduhan ketiga pada 26 Julai 2018 pada jam 1.45 petang, Mohd Zainal telah menerima suapan sebanyak RM2,000 di jeti Sungai Baru di belakang Persatuan Nelayan Kuala Sungai dari individu yang sama atas urusan yang sama.

Tertuduh didakwa bawah Seksyen 16 (a) (A), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2019 dan boleh dihukum bawah seksyen 24(1) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan tidak lebih 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda atau nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Artikel Berkaitan: