Diamond Princess: Dua rakyat Malaysia positif Covid-19 dirawat di Jepun

Kapal Diamond Princess mencatatkan kes kluster terbesar di luar China dengan lebih 400 orang yang diuji disahkan positif. - Foto fail AP
Kapal Diamond Princess mencatatkan kes kluster terbesar di luar China dengan lebih 400 orang yang diuji disahkan positif. - Foto fail AP
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua rakyat Malaysia di atas kapal Diamond Princess, yang berlabuh dan sedang dikuarantin di Pelabuhan Yokohama, Jepun disahkan positif Covid-19 dan sedang dirawat di negara tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan di Facebook rasmi miliknya hari ini berkata, selain itu terdapat dua lagi rakyat Malaysia yang masih menunggu keputusan ujian Covid-19.

“Kapal persiaran Diamond Princess yang sedang dikuarantin, mencatatkan kes kluster terbesar di luar China dengan lebih 400 orang yang diuji disahkan positif.

ARTIKEL BERKAITAN: 14 penumpang kapal Diamond Princess dijangkiti Covid-19

“Terdapat dua rakyat Malaysia yang disahkan positif Covid-19 dan dua lagi masih menunggu keputusan ujian Covid-19 di atas kapal tersebut. Kedua-dua mereka yang positif sedang dirawat di Jepun,” menurut catatan itu.

Semalam, media melaporkan sebanyak 455 penumpang kapal itu disahkan positif Covid-19 sehingga kini. - Bernama

Artikel Berkaitan: